Selasa, 21 April 2015

Selasa, April 21, 2015
Ronnie Luah RasaTerkilan Dengan Hyper Act | Ronnie Hyper Act melahirkan rasa kesal dan terkilannya berikutan anggota kumpulan itu menggunakan khidmat penyanyi lain dalam beberapa persembahan mereka sejak kebelakangan ini.

Ronnie Luah RasaTerkilan Dengan Hyper Act

Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas Ronnie dikatakan lebih banyak menerima undangan mengadakan persembahan solo hingga mewujudkan konflik dalam kumpulan yang turut dianggotai pemain bass yang juga ketua kumpulan, Toi, Freddy (gitar), Etan (gitar) dan Labib (dram).

Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussein berkata, fikirannya agak terganggu apabila dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Saya akui ada masanya saya terikat dengan beberapa undangan persembahan dan komitmen acara secara solo atas permintaan penganjur. Bagaimanapun, semuanya saya maklumkan kepada mereka dan mendapat persetujuan bersama.

Ronnie Luah RasaTerkilan Dengan Hyper Act

“Dalam Hyper Act semua anggota bebas mencari peluang dan melakukan kerja masing-masing asalkan kita dimaklumkan antara satu sama lain. Saya sangkakan dalam beberapa persembahan itu Toi yang mengambil alih sebagai penyanyi, tapi rupa-rupanya orang luar.

“Itupun saya dapat tahu daripada pihak lain. Tindakan mereka menggunakan penyanyi lain tanpa pengetahuan saya memang mengejutkan,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/45389#sthash.iOcBIahy.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.