Isnin, 20 April 2015

Isnin, April 20, 2015
Sanggup Rempuh Kereta Lain Janji Boleh Lepas: Video seorang lelaki merempuh kereta pengguna jalan raya ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dirakam orang awam berdekatan lampu isyarat di tengah bandar Sibu, hari ini.

Sanggup Rempuh Kereta Lain Janji Boleh Lepas

Video 29 saat itu mula menjadi viral dalam Facebook menunjukkan lelaki terbabit enggan memberhentikan Toyota Vios, QSU 9932 warna putih walaupun diarahkan dua anggota polis.

Lelaki terbabit kemudian memecut dan merempuh kereta yang berhenti di simpang lampu isyarat sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, maklumat lengkap akan diperolehi dan usaha memburu lelaki terbabit giat dijalankan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/45124?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.