Khamis, 16 April 2015

Khamis, April 16, 2015
“Semua itu fitnah!’ tegas ikon fesyen serta personaliti televisyen Wak Doyok berhubung tuduhan yang dilemparkan oleh seorang individu terhadapnya di laman Twitter baru-baru ini.

“Semua itu fitnah!’ - Wak Doyok

Wak Doyok yang menafikan dirinya seorang homose-ksual dalam program ‘Melodi’ pada Ahad lepas sekali lagi dilanda kontroversi apabila tiba-tiba muncul seorang individu bernama Zaheed Shah Jaafar yang menulis status berbaur negatif kepadanya.

Menurut pengacara program travelog ‘Ke Korea Ke Kita?’, dia tidak mengenali individu tersebut dan memberitahu bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat berikutan kontroversi tersebut turut menjejaskan nama serta kariernya.

“Saya tidak kenal dia dan perbuatannya itu menjejaskan nama serta karier saya. Sebagai seorang individu yang banyak terlibat dengan tajaan, saya perlu bersih daripada sebarang kontroversi.

Apabila jadi isu seperti ini, ia memang menjejaskan nama saya. Disebabkan itu, saya akan membuat laporan polis secepat mungkin,” ujarnya.

“Kalau diikutkan, saya tak nak datang ke majlis ini kerana terlalu tertekan. Namun kerana mahu memberikan sokongan terhadap program baharu saya, ‘Ke Indonesia Ke Kita?’ yang bakal disiarkan di TV9 nanti, saya kuatkan diri untuk hadir juga.

Saya tertekan kerana isu itu sangat memberi kesan kepada diri saya. Malah, saya menjadi lebih tertekan apabila membaca komen-komen yang ditinggalkan berbanding individu yang menulis status itu kerana komen mereka lebih teruk.

“Saya tidak kacau orang dan hanya buat kerja saya sendiri. Kita buat baik pun orang masih tidak suka. Dalam hal ini, bila sudah dikenali, mungkin ramai yang cemburu. Bagi saya, individu tersebut hanya hendakkan perhatian. Saya tidak mahu mengambil kisah sangat isu ini kerana nawaitu saya dalam industri ini adalah untuk mempersadakan fesyen tempatan di peringkat antarabangsa.

“Matlamat saya juga adalah untuk menjadikan fesyen saya sebagai satu viral. Justeru, saya akan tolak ke tepi isu ini kerana bagi saya apa yang penting, keluarga dan kawan-kawan tahu saya macam mana. Bagi saya, apa yang berlaku lebih memotivasikan saya untuk terus berjaya lagi dalam bidang yang diceburi,” tuturnya mengakhiri perbualan.

sumber
http://extra.tonton.com.my/entertainment/wak-doyok-semua-itu-fitnah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.