Jumaat, 17 April 2015

Jumaat, April 17, 2015
Seorang Pegawai Bank Maut Di Libas Pengawal Keselamatan | Seorang pegawai bank maut selepas ditikam pengawal keselamatan, manakala seorang lagi cedera dalam satu kejadian amuk di sebuah bank di Taman Molek, Johor Baharu petang tadi.

Seorang Pegawai Bank Maut Di Libas Pengawal Keselamatan

Dalam kejadian kira-kira 3.50 petang tadi, mangsa yang juga lelaki berusia 33 tahun maut dan ditemui terbaring dalam ruang pejabat bank terbabit.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan mangsa maut dipercayai akibat ditikam suspek menggunakan pisau.

Beliau berkata, suspek berusia 40-an ditahan sejurus pihak polis tiba di tempat kejadian dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/44532#sthash.d1FL4eDp.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.