Khamis, 30 April 2015

Khamis, April 30, 2015
Suami Gembira Yana Samsudin Kini Bertudung | Selebriti Yana Samsudin kini kelihatan lebih anggun dengan imej terbarunya yang bertudung.

Suami Gembira Yana Samsudin Kini Bertudung

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, dilihat ayu bertudung ketika hadir dalam program Wanita Hari Ini (WHI) TV3.

Beliau turut memuat naik dua keping gambar dengan imej baharu dan ia mendapat pujian serta kata-kata positif pelbagai pihak yang meninggalkan komen di laman Instagram Yana.

Suami Yana, Fadzil Zahari turut meluahkan rasa gembiranya dengan perubahan positif yang diberikan oleh isterinya itu.

Suami Gembira Yana Samsudin Kini Bertudung

Beliau ternyata bersyukur dengan tindakan yang dibuat oleh Yana. "Tiada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung.

Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab.

"Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini sebentar tadi," kata Fadzil.

Yana dan Fadzil selamat diijabkabulkan pada 13 Februari lalu di Pekan Yong Peng, Johor.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/50656


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.