Jumaat, 17 April 2015

Jumaat, April 17, 2015
Suspek Pembunuh Bekas Tunang Di Tahan Ketika Cuba Lari Ke Indonesia : Seorang pemuda yang menghilangkan diri selepas menikam mati bekas tunangnya di Kluang pada Jumaat lalu, berjaya ditahan di Bandar Penawar, Kota Tinggi kelmarin.

Suspek Pembunuh Bekas Tunang Di Tahan Ketika Cuba Lari Ke Indonesia

Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff
Ketika ditahan kira-kira pukul 10 malam itu, suspek berusia lingkungan 20-an itu dipercayai sedang me­nunggu bot untuk melarikan diri ke negara jiran menggunakan laluan tikus.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Kes disiasat di bawah Sek­syen 302 Kanun Keseksaan ke­rana membunuh di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Pihak media terdahulu melaporkan kerani pasar raya Econsave, Nur­syafikah Ahmad Ismail, 20, mati ditikam bekas tunangnya di tempat letak kenderaan di cawangan pasar raya tersebut di Kluang pada Jumaat lalu.


Kejadian berlaku selepas me­reka dikatakan ber­tengkar dan suspek tidak dapat menerima hakikat mangsa enggan menerimanya kembali, malah akan melangsungkan perkahwinan de­ngan lelaki lain dalam masa terdekat.

Mohd. Mokhtar berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terutamanya saksi kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

sumber
http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-bunuh-bekas-tunang-cuba-lari-ke-indonesia-1.81769


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.