Rabu, 1 April 2015

Rabu, April 01, 2015
Tak Cukup Duit Nak Bertunang, Lelaki Ini Bunuh Diri : Gara-gara tiada wang untuk melangsungkan pertunangan dengan kekasih hati, seorang lelaki muda mengambil keputusan singkat dengan menamatkan riwayatnya sendiri kerana terlalu kecewa dengan masalah yang dihadapi.

Tak Cukup Duit Nak Bertunang, Lelaki Ini Bunuh Diri

Sawaludin Siregar, 26, ditemui mati pada pagi semalam di dalam bilik air oleh ibunya di dalam bilik air di Kecamatan Siantar Martoba.

Lelaki itu ditemui dalam keadaan mati terduduk dengan pergelangan tangan kirinya dikelar dengan senjata tajam.

Menurut ibu mamgsa  yang menemui mayat anaknya itu berkata, dia berasa hairan selepas mendapati ada darah yang mengalir di bawah pintu bilik air yang berkunci dari dalam ketika mahu mengambil wuduk.

Bimbang serta risau dengan keadaan anaknya itu, wanita berkenaan memecahkan pintu bilik air dan terkejut mendapati anak lelakinya itu sudah tidak bernyawa.

Polis mengeluaran laporan yang mengatakan mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak selepas mengelar pergelangan tangannya dengan pisau lipat.

sumber
http://www.thehypemedia.com/2015/04/tiada-duit-nak-bertunang-lelaki-mati.html?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.