Ahad, 19 April 2015

Ahad, April 19, 2015
Tak Salah, Tetapi Lelaki Ini Tetap Cool Setelah Di Maki Pembuli JalanRaya | Seorang lelaki dimaki kerana di dakwa hampir melanggar kenderaan yang dipandu seorang lelaki lain dalam satu kejadian yang dikatakan berlaku di sebatang jalan di Plentong, Masai.

Tak Salah, Tetapi Lelaki Ini Tetap Cool Setelah Di Maki Pembuli JalanRaya

Melalui rakaman yang dimuat naik di laman Facebook itu, perang mulut berlaku apabila seorang lelaki berketurunan Cina tidak berpuas hati dengan cara pemanduan seorang lelaki Melayu.

Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit dua puluh saat itu, lelaki Cina tersebut mendakwa terkejut kerana nyaris dilanggar kenderaan yang dipandu lelaki Melayu itu.

“Apa masalah you, kalau tak ada masalah you jalanlah, saya pun terkejut, sebab you masuk saya punya jalan,

“Terpulang pada you, sebab you masuk ikut jalan yang salah kalau saya langgar pun memang betul sebab you salah, kenapa tiba-tiba tak puas hati” ujar lelaki Melayu itu mempertahankan tindakannya.

Lelaki Melayu itu turut menasihati pemandu tersebut agar meminta maaf kerana kesalahan yang dilakukannya itu agar perkara itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

“Apa pasal saya mau minta maaf, ini jalan bapak you punya ka, you sudah belikah?

“Awak ingat, awak siapa.. pada mata saya awak ni babi tau?

Pemandu Cina itu turut menunjukkan isyarat-isyarat lucah sebelum beredar meninggalkan tempat kejadian.

Rata-rata pengguna media sosial menggesa agar lelaki Melayu itu membuat satu laporan polis bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.



Seorang lelaki di maki walhal orang tu makan jalan dia...Nasib baik bru blk masjid...tempat kejadian di Plentong Masai Johor..
Posted by Kezoom on Saturday, April 18, 2015


sumber
http://www.suara.tv/2015/04/19/video-ini-jalan-bapak-you-kah-babi-you/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.