Isnin, 27 April 2015

Isnin, April 27, 2015
Tendang Warga Emas, Lelaki Mohon Maaf Kemudian Terus Hilang | Berang akibat anak ditampar dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak menendang warga emas sehingga tersembam seperti dalam rakaman video yang tersebar di laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin.

Tendang Warga Emas, Lelaki Mohon Maaf Kemudian Terus Hilang

Video berdurasi 1 minit 9 saat itu dirakam di kedai makan di Bukit Goh, sekitar jam 3 petang Jumaat telah dimuat naik seorang pengguna FB kira-kira 11 malam, Ahad lalu sehingga mendapat pelbagai reaksi dan kecaman daripada orang ramai.

Dalam rakaman itu, seorang pemuda berusia awal 30-an tiba-tiba menendang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an hingga terjatuh sebelum cuba memukulnya dengan kerusi namun dihalang seorang wanita dipercayai isterinya yang berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan sudah memohon maaf dengan warga emas itu dan rakaman 'permohonan maaf' antara mereka turut dimuat naik ke laman FB.

Menurut sumber, lelaki dipercayai berasal dari negara jiran itu gagal mengawal perasaan selepas warga emas terbabit mengaku menampar anak lelakinya berusia empat tahun, namun dia menyesali perbuatan itu dan sudah memohon maaf secara bersemuka.

"Tidak dapat dipastikan punca warga emas berkenaan menampar anak lelaki itu, namun perselisihan faham antara mereka sudah diselesaikan dengan cara baik dan mereka juga sudah berdamai malah lelaki itu juga sudah menerima balasan atas perbuatannya," katanya.

Tambahnya, lelaki terbabit mengaku menyesal dengan perbuatannya itu serta menangis selepas ditunjukkan rakaman berkenaan tetapi hasrat untuk mengadakan pertemuan semula bertujuan memohon maaf dengan keluarga mangsa tidak kesampaian.

"Dia bersama anak dan isterinya kini tiada di rumah dipercayai sudah pulang ke negara asal kerana bimbang keselamatan diri selepas video perbuatannya itu menjadi viral di Internet dan mendapat kecaman ramai pihak selain bimbang dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya difahamkan kes ini sudah dimaklumkan kepada polis dan kini dalam perhatian pihak berkenaan namun pada masa sama, saya berharap orang ramai tidak terus menyebar video itu sebaliknya membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan," katanya.


Memang kurang ajar pg tendang orang tua cam tu??? PuiiiMohon polis diraja malaysia siasat kes ini...
Posted by Kezoom on Sunday, April 26, 2015


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/46759#sthash.ua7XIYLx.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.