Khamis, 30 April 2015

Khamis, April 30, 2015
Tuan Asmawi, Pemilik Suara Latar Selepas Azan | Disebalik kemerduan suara latar bacaan doa selepas azan  di saluran RTM, tiada siapa menyangka pemilik suara lunak itu adalah dialunkan anak jati Terengganu.

Tuan Asmawi, Pemilik Suara Latar Selepas Azan

Berdasarkan kepada suaranya itu, Tuan Asmawi Tuan Umar, 40, turut disangka berbadan besar namun ia sebenarnya adalah teknik alunan suara yang disesuaikan untuk visual berkenaan.

"Suara yang serak ‘husky’ selalu dikatakan milik orang yang berbadan besar namun sebenarnya itu adalah suara saya yang dirakamkan pada 1997”.

“Teknik suara yang kedengaran seperti menimbulkan rasa insaf di dalam doa tersebut adalah satu anugerah yang Allah berikan kepada saya dan Alhamdulillah ia sentiasa diingati oleh semua umat Islam di Malaysia,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, menurut Tuan Asmawi, suaranya digunakan untuk projek tertentu oleh lapan negara Arab termasuklah pengumuman di dalam pesawat antarabangsa Qatar Airways suatu ketika dahulu.

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga pernah menggunakan suaranya dalam pesawat selama dua tahun.

 Disebalik kemerduan suara latar bacaan doa selepas azan  di saluran RTM, tiada siapa menyangka pemilik suara lunak itu adalah dialunkan anak jati Terengganu.



Berdasarkan kepada suaranya itu, Tuan Asmawi Tuan Umar, 40, turut disangka berbadan besar namun ia sebenarnya adalah teknik alunan suara yang disesuaikan untuk visual berkenaan.

"Suara yang serak ‘husky’ selalu dikatakan milik orang yang berbadan besar namun sebenarnya itu adalah suara saya yang dirakamkan pada 1997”.

“Teknik suara yang kedengaran seperti menimbulkan rasa insaf di dalam doa tersebut adalah satu anugerah yang Allah berikan kepada saya dan Alhamdulillah ia sentiasa diingati oleh semua umat Islam di Malaysia,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, menurut Tuan Asmawi, suaranya digunakan untuk projek tertentu oleh lapan negara Arab termasuklah pengumuman di dalam pesawat antarabangsa Qatar Airways suatu ketika dahulu.

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga pernah menggunakan suaranya dalam pesawat selama dua tahun.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/30/kenali-tuan-asmawi/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.