Rabu, 1 April 2015

Rabu, April 01, 2015
Wak Doyok - "Saya Bukan Playboy" : "Saya bukan 'playboy' dan tidak pernah menggunakan populariti yang dikecapi sebagai jalan mudah mendekati mana-mana wanita," kata Wak Doyok.

Wak Doyok - "Saya Bukan Playboy"

Katanya lagi, tumpuan dan komitmennya kini lebih kepada kerjaya dalam industri fesyen dan bidang perniagaan yang diceburinya.

Selain itu, Wak Doyok turut menjelaskan hubungannya dengan seorang model wanita 'mat salleh' dalam beberapa gambar dimuat naik di Instagramnya tidak lebih sebagai teman rapat sahaja yang sudah dikenali sejak hampir dua tahun.

 "Setakat ini tak adalah orang gelar saya playboy mahupun saya guna kesempatan untuk jadi playboy. Mungkin faktor usia saya pun memang dah tak sesuai digelar playboy.

"Tapi masa zaman remaja dulu adalah ramai kawan-kawan perempuan sehingga sampai satu tahap saya dilabel 'player' oleh rakan lelaki lain, tapi perkara itu sampai setakat itu saja," katanya.

Di tanya mengenai teman istimewa, Wak Doyok mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita ketika ini.

"Sekarang ini sedang dalam proses mengenali hati budinya... wanita ini saya kenalinya sejak setahun lalu, apa-apa pun saya belum bersedia mendedahkan siapa wanita berkenaan," katanya.

Selain itu, Wak Doyok, sudah lali dengan cemuhan masyarakat terhadap caranya berpakaian, malah ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberi nafas baharu dalam memartabatkan dunia fesyen jalanan di negara ini.

Fesyen yang ditampilkan bersama karektor uniknya yang bermisai dan berjambang mudah menarik perhatian sehingga gaya pakaian klasik elegan lelaki 'gentleman' yang dikemaskinikan dengan sentuhan moden menjadi evolusi fesyen, terutama anak muda.

Populariti yang diraih anak bongsu daripada sembilan beradik dari Klang, Selangor ini adalah atas usaha dan semangat cekalnya dalam mengubah penerimaan orang ramai terhadap fesyen jalanan.

"Awal kemunculan dengan imej bermisai dan berjambang pada 2010, saya menerima pelbagai cemuhan orang di sekeliling, namun itu tidak mematahkan semangat saya. Pertemuan dengan pereka tempatan, Fairuz Ramdan membuka jalan untuk saya semakin dikenali terutama menerusi gaya pakaian lelaki bersut atau 'gentleman'.

 "Pada mulanya agak janggal untuk mempromosikan pakaian gaya 'gentleman' di Malaysia sebab faktor cuacanya yang panas dan ini mengundang kutukan masyarakat dan kritikan. Ia memang memberi tekanan kepada saya, namun apabila sering kali dikutuk dan dicaci, lama kelamaan ia jadi terbiasa.

"Sehingga setiap kali memuat naik gambar dengan berpakaian sut di instagram, orang kerap bertanya, kau tak panas ke pakai macam ini?

"Jadi, saya tidak mampu untuk membalas semua pertanyaan mereka dan komen di IG yang berbaur kutukan. Saya kemudian mencipta hastag #akuyangpakaikoyangpanas dan #kodahkenapa sebagai simbolik bagi menjawab pengkritik," katanya kepada BH.

Wak Doyok berkata, pada awal kemunculannya dengan imej bermisai dan berjambang, cemuhan paling teruk diterima apabila poster mukanya ditampal di beberapa lokasi di ibu kota dan beberapa negeri oleh individu tertentu dengan tulisan nama 'Wak Dogol'.

 "Memang sedih apabila dihina sebegitu rupa, tapi saya tabahkan hati dan anggap masyarakat kita pada masa itu tidak boleh terima benda baharu.

"Sebab kemunculan saya bukan bermula dari mana-mana platform hiburan, hanya menerusi fesyen. Jadi, bila muncul dalam dunia hiburan ia menjadi satu kejutan kepada orang lain yang mungkin tidak boleh terima orang biasa seperti saya, sampai ada yang persoalkan apa kerja saya, siapa saya dan kenapa saya boleh popular?

"Walhal saya sudah lama menggerakkan dunia fesyen gaya 'gentleman' ini, dan atas dorongan rakan juga yang meminta saya untuk sebar luaskan fesyen ini. Apabila masyarakat mula melihat kebangkitan fesyen 'gentleman', mulalah timbul dengki.

"Bagaimanapun, cemuhan itu tidak pernah saya simpan dalam hati kerana saya tahu siapa diri saya sebenarnya," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/44587?



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.