Sabtu, 25 April 2015

Sabtu, April 25, 2015
Wanita Buka Baju Dituduh Tak Bayar Minuman | Satu video kini viral di media sosial memaparkan seorang wanita menanggalkan bajunya selepas dituduh tidak membayar minuman yang telah dibelinya.

Wanita Buka Baju Dituduh Tak Bayar Minuman

Video yang berdurasi 1.52 minit dipercayai berlaku di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Video tersebut menyaksikan wanita berkenaan marah kerana dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya dan kemudian bertindak membuka baju sebelum menanggalkan baju dalamnya.

Kerana malu dengan tindakan wanita berkenaan, peniaga terbabit dilihat membiarkan wanita tersebut dengan perlakuannya.

Pada mulanya wanita dalam video dikatakan pelancong asing tetapi identiti sebagai warga tempatan terbukti apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu.

Memetik sebuah portal berita, menurut anak pemilik restoran di kawasan terbabit, wanita tersebut memesan dua botol bir tetapi hanya membayar untuk satu botol sahaja.

Mereka kemudiannya menuntut wanita itu supaya membayar baki bil tetapi dia enggan.

Ini bukan kali pertama dia melihat wanita berkenaan di kawasan itu, dan beberapa pemilik kedai makan lain di kawasan itu juga mendakwa wanita itu juga pernah menipu mereka.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/wanita-buka-baju-dituduh-tak-bayar-minuman-1.383236


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.