Selasa, 28 April 2015

Selasa, April 28, 2015
Wanita Buka Coli Tak Mengaku Salah | Seorang wanita yang mendapat perhatian pengguna laman sosial melalui video yang viral kerana aksinya menanggalkan colinya sebelum mengajak seorang peniaga wanita bertumbuk di Jalan Petaling, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur siang tadi atas pertuduhan melakukan perbuatan lu-cah di tempat awam.

Wanita Buka Coli Tak Mengaku Salah

Tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33, yang berasal dari Sabah itu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Tertuduh yang juga model sambilan memakai jaket hitam dan skirt putih itu kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Petaling, pada 2.07 petang, Khamis lalu.

Wanita Buka Baju Dituduh Tak Bayar Minuman

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Mei ini sebagai sebutan semula.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/46933#sthash.lUyg9XfE.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.