Selasa, 28 April 2015

Selasa, April 28, 2015
Wanita Rugi RM10,000 Dalam Surau Shah Alam| Beg dalam beg. Itu taktik yang digunakan seorang wanita untuk membawa keluar beg tangan mangsanya dari sebuah surau dalam pusat beli-belah, untuk mengelak dikesan.

Wanita Rugi RM10,000 Dalam Surau Shah Alam

Bagaimanapun tindakan wanita berpakaian sopan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kawalan keselamatan pasar raya berkenaan kelmarin dan menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000.

Mangsa Dayana Adnan, 36, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam ketika dia berada di surau berkenaan sementara menunggu Maghrib.

“Ketika itu saya meletakkan beg di satu bahagian dalam surau itu sebelum mengambil wuduk.

“Selesai mengambil wuduk, saya dapati beg saya tiada dan bertanyakan jemaah yang berada di situ, namun semua tidak mengetahuinya. Saya sangat terkejut dan sama sekali tidak menyangka pencuri itu berani melakukan jenayah dalam rumah ibadat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, marah dengan kejadian itu, dia bertindak mendapatkan rakaman CCTV daripada kawalan keselamatan dan mendapati seorang wanita melarikan beg tangan itu dengan mengisinya dalam sebuah beg yang lebih besar.

“Saya mendapatkan beberapa kawan yang berada di kawasan kejadian dan selepas mendapatkan rakaman CCTV itu, kami dapati seorang wanita membawa keluar beg saya.

Wanita Rugi RM10,000 Dalam Surau Shah Alam

“Saya kini khuatir kerana dalam beg berkenaan terdapat beberapa dokumen peribadi serta kunci penting yang boleh menyebabkan suspek atau individu lain menyalahgunakannya,” katanya yang turut kehilangan telefon bimbit dan wang tunai.

Menurutnya, dia berharap individu bertanggungjawab itu memulangkan begnya dan akan memaafkannya serta menyelesaikannya dengan cara baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/46792


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.