Jumaat, 17 April 2015

Jumaat, April 17, 2015
Zayn Malik [One Direction] Bakal Bernikah Di Disneyland | Bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik khabarnya bakal melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya, Perrie Edwards di taman tema terkenal dunia, Disneyland di Paris.

Zayn Malik [One Direction] Bakal Bernikah Di Disneyland

Zayn dan Perrie yang merancang berkahwin pada Jun depan, sama-sama meminati kisah cinta dongeng sebagai tema perkahwinan mereka. Khabar angin tersebut diperkuatkan dengan beberapa bayangan akan berlangsungnya sebuah perkahwinan fantasi yang dikongsikan ahli keluarga dan rakan terdekat Zain dan Perrie.

Antaranya, adik Zayn, Safaa telah memuat naik sekeping gambar Perrie yang lengkap memakai gaun pengantin dengan kapsyen 'Cinderella' berserta hashtag #loveweddings.

Selain itu, rakan baik Perrie, penyanyi kumpulan Little Mix, Katherine Spires pula memberitahu kelab peminatnya bahawa Perrie akan berkunjung ke Disneyland, Jun nanti.

Satu sumber memberitahu, Perrie amat meminati kisah cinta dongeng dan Zayn akan merealisasikan impian tunangnya itu.

Namun, jurucakap kedua-dua selebriti itu menegaskan, mereka tidak akan memberikan sebarang komen berhubung spekulasi berkenaan.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.