Rabu, 20 Mei 2015

Rabu, Mei 20, 2015
5 Insiden Pelik Dalam Pesawat Komersial Di Dunia | Penumpang mengamuk..baby menangis tanpa henti...penumpang mengamuk kerana makanan antara perkara biasa dalam pesawat dan sering ditangani dengan berkesan krew yang bertugas. Namun 5 perkara dibawah merupakan antara insiden paling PELIK yang pernah berlaku dalam pesawat diseluruh dunia....jom ikuti.

5 Insiden Pelik Dalam Pesawat Komersial Di Dunia

1. Diusir kerana menyanyi dengan kuat

Seorang wanita diusir dari pesawat kerana menjadikan kabin sebagai tempat menyanyi. Penumpang, juruterbang, dan pramugari sudah mengingatkannya namun tidak dihiraukan dan juruterbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan. Wanita ini telah dihalau oleh pegawai lapangan terbang dan terus  menyanyikan lagu "I will Always Love You" dendangan Whitney Houston.

2. Dibuang di sebuah pulau kerana memaki pramugari

Insiden ini terjadi di syarikat penerbangan Monarch Airline yang terbang dari Britain menuju ke Pulau Canary, Sepanyol. Seorang penumpang mabuk memaki-hamun pramugari dan juruterbang. Perlakuan yang kasar membuat juruterbang marah dan mendarat di sebuah pulau kecil di Afrika Barat lalu mengusir penumpang tersebut. Bagaimana di kembali semula ke Britain tidak pula diketahui.

3. Penumpang mabuk

Penumpang mabuk sering menyusahkan dan juga menggangu penumpang lain. Seperti seorang penumpang yang menyerang penumpang lain dan berteriak-teriak di dalam pesawat.

Rimas dengan penumpang tersebut, akhirnya pramugari dan dibantu penumpang mengikat penumpang tersebut di kerusinya. Insiden tersebut terjadi ketika penerbangan dari Iceland menuju ke Amerika Syarikat.

4. Pilot dan pramugari mabuk

Insiden ini terjadi pada 11 Mac 2010 di dalam syarikat penerbangan Donbassaero Ukraine. Pemeriksaan ini dilakukan selepas syarikat ini telah melakukan penerbangan.

Dari hasil pemeriksaan terdapat data yang meragukan. Semua kru pesawat didapati mabuk dengan kadar alkohol 0.075-0.052. Kadar tersebut melebihi had dibenarkan di Ukraine.

5. Tarian erotik dalam pesawat

Kejadian ini berlaku dalam penerbangan dari Moscow menuju ke London yang terpaksa dibatalkan. Sebabnya salah seorang wanita tiba-tiba melakukan tarian erotik di dalam pesawat yang sudah berada di udara.

Kerana tingkah lakunya yang aneh ketika didalam pesawat serta mengganggu penumpang lain, pesawat yang sudah terbang selama 15 minit ini kembali ke Moscow, Russia. Setelah diserahkan ke pegawai lapangan terbang dan menjalani pemeriksaan perubatan, didapati bahawa wanita ini mabuk.

sumber



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.