Ahad, 31 Mei 2015

Ahad, Mei 31, 2015
Alif Satar Timang Anak Pertama | Alif Satar selamat menyambut kelahiran puteri sulung kira-kira pukul 9.28 pagi tadi di Pantai Hospital Kuala Lumpur.

Alif Satar Timang Anak Pertama

Kata Alif, isterinya Shadila Halid, 31 melahirkan bayi perempuan seberat 3.24 kilogram secara normal dan kedua-dua mereka dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan amat teruja kerana saya sendiri yang menyambut kelahiran puteri sulung saya dan memotong tali pusatnya.

"Semua berjalan dengan lancar, syukur kerana isteri saya selamat melahirkan puteri sulung kami ini," katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Puteri Sulung Alif dan Shadila ini diberi nama Alisha Anugerah yang membawa maksud dilindungi oleh Tuhan.

Pasangan Alif Satar dan Shadila sah bergelar suami isteri pada 15 September 2014.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/31/alif-satar/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.