Khamis, 14 Mei 2015

Khamis, Mei 14, 2015
Amar Baharin TERKEJUT Bila Di Gosip Bakal Berkahwin Dengan Amyra Rosli : Amar Baharin terkejut apabila dikatakan sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan Amyra Rosli yang dijangka hujung tahun ini.

Amar Baharin TERKEJUT Bila Di Gosip Bakal Berkahwin Dengan Amyra Rosli

Ammar, 30, dan Amyra turut dikatakan sudah meninjau lokasi majlis berkenaan dan melantik individu tertentu bagi menguruskan majlis itu.

"Kahwin? Saya pun tak tahu perkara ini dan macam mana pula orang boleh kata saya nak kahwin? Sekali lagi saya ingin perjelaskan bahawa saya dan Amyra hanyalah kawan kerja dan tidak lebih daripada itu," jelas Ammar.

Tambah Amar, ketika ini dia masih solo dan tidak menafikan hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun mungkin masih belum temui jodohnya.

"Saya masih solo dan ada keinginan untuk kahwin. Cuma tak tahu bila," katanya.

Sementara itu, Amar menganggap namanya masih lagi dikaitkan dengan Amyra, 23, mungkin kerana kedua-dua mereka serasi apabila bergandingan dalam sesebuah drama yang dilakonkan.

"Sehingga kini sudah lima buah drama dan satu telefilem kami bergandingan bersama. Dan jujurnya kami serasi setiap kali melakonkan babak mesra. Mungkin kerana itu orang anggap ada sesuatu yang terjalin di antara kami. Tetapi sebenarnya tidak," ujarnya.

Untuj info, sebelum ini kekecewaan telah melanda Amyra apabila hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan aktor Dazrin tidak kesampaian walaupun majlis dirancang sudah hampir tiba.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/14/amar-nikah-amyra/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.