Khamis, 7 Mei 2015

Khamis, Mei 07, 2015
Amir Raja Lawak BENGANG Cuba DiTipu Skim MLM : Peserta Raja Lawak, Amir bengang setelah diperdayakan oleh individu yang kononnya mahu menawarkannya menjadi pengacara tetapi akhirnya dia diumpan menyertai skim jualan langsung atau MLM sebuah produk kecantikan.

Amir Raja Lawak BENGANG Cuba DiTipu Skim MLM

Menurut Amir, dia sedikit terkilan dengan perkara itu memandangkan dia cukup teruja untuk membincangkan projek pengacara tetapi malang setelah dia terpaksa mendengar penerangan peniagaan produk berkenaan.

"Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin.

"Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut." katanya memetik mStar online.

Menurutnya lagi, dia sudah mengagak ada sesuatu yang tidak kena setelah melihat beberapa keping fail dikeluarkan dari beg. Kemudiannya bersama-sama rakannya mula bercakap tentang peniagaan MLM.

Amir Raja Lawak BENGANG Cuba DiTipu Skim MLM

Tambah Amir, lebih mengejutkan apabila dia ditegur kerana bermain dengan telefon bimbitnya ketika mereka sedang memberi penerangan.

"Sepatutnya saya yang marah mereka kerana menipu. Lain pula jadinya, saya yang dimarah kerana tidak memberi fokus terhadap penerangan mereka," ujarnya.

Sementara itu, Amir berkata, mana-mana pihak yang menjalani perniagaan tersebut diharap lebih jujur apabila mengajak orang ramai menyertai perniagaan mereka. Ini kerana, ramai yang tidak senang dengan konsep 'penipuan sementara' yang digunakan golongan peniaga tersebut untuk menarik perhatian orang.

"Usahlah menipu semata-mata mahu mengajak orang berniaga. Jika anda yakin dengan produk yang diniagakan, tidak perlu takut untuk mempromosikannya secara berhemah.

"Apatah lagi sekarang ini banyak medium di laman sosial terutamanya yang boleh mempromosikan perniagaan masing-masing," tegasnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/07/amir-raja-lawak/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.