Ahad, 3 Mei 2015

Ahad, Mei 03, 2015
Anak DERHAKA Hentak Kepala Bapa Dengan TV & Meja : Seorang warga emas kini bertarung nyawa selepas kepalanya terkoyak akibat dihentak televisyen plasma dan meja kecil oleh anak lelakinya yang hilang kewarasan di Kampung Losong Datuk Amar, pagi tadi.

Anak DERHAKA Hentak Kepala Bapa Dengan TV & Meja

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa, Tahar Mohammad, 73, yang tinggal bersama suspek berusia 40 tahun itu dikatakan sedang duduk di atas sofa menonton televisyen di ruang tamu kediamannya sebelum dihampiri suspek yang mengamuk dan mengangkat televisyen berkenaan lalu menghentak kepala bapanya.

"Tidak cukup dengan itu, suspek dipercayai mengangkat satu meja kecil dan sekali lagi menghentak kepala bapanya," katanya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, suspek positif dadah jenis morfin dan sudah ditangkap di lokasi kejadian.

"Suspek dipercayai memukul bapanya dengan televisyen dan meja kecil. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/48205?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.