Isnin, 25 Mei 2015

Isnin, Mei 25, 2015
Azza Sah Bergelar Isteri | Dengan sekali lafaz pelakon Azariah Suaymi atau Azza, 33, sah bergelar isteri Alif Ehsan A Rahim, 29, pada 9.15 malam tadi.

Azza Sah Bergelar Isteri

Azza dan Alif dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suaymi Musa, 77, di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Ustaz Syuhud Razalli di Hotel Roof Garden, Plaza Bukit Jelutong.

Pada majlis pernikahan itu, Azza turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Tidak ketinggalan, Azza turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang oleh pihaknya.

Sehubungan itu, majlis resepsi persandingan Azza dan suami, Alif akan berlangsung pada 30 Mei ini di IDCC Shah Alam.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/53125


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.