Selasa, 5 Mei 2015

Selasa, Mei 05, 2015
Basit Usman Akhirnya Maut Di Bunuh Pengawal Sendiri | Tentera Filipina semalam mengesahkan seorang pakar bom dan militan yang paling dikehendaki negara itu, Basit Usman mati dibunuh.

Basit Usman Akhirnya Maut Di Bunuh Pengawal Sendiri

Ketua tentera Filipina, Gregorio Pio Catapang berkata, Basit terbunuh selepas pengawalnya bergaduh dan berbalas tembakan di wilayah Maguindanao yang juga kubu kuat Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelmarin.

“Kami mengesahkan bahawa Basit terbunuh.

“Kami mempunyai bukti fizikal termasuk saksi yang melihat lelaki itu dikebumikan,” katanya.

Ujarnya, bagaimana Basit terbunuh masih dalam siasatan dan anggota MILF bergegas ke lokasi pergaduhan selepas terdengar bunyi tembakan senjata api.

“Kami juga menyiasat sekiranya MILF turut memainkan peranan dalam pembunuhan Basit,” jelasnya.

Basit yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah diburu kerana disyaki terbabit dalam beberapa serangan bom di Filipina.

Amerika Syarikat juga menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM3.59 juta) kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai kedudukan lelaki itu. - AP

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/48529#sthash.psr8OcmX.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.