Khamis, 7 Mei 2015

Khamis, Mei 07, 2015
Bayi Maut Terjerut Kain Buaian : Seorang bayi berusia 10 bulan mati akibat terjerut kain buaian di kediamannya di Taman Century Garden di sini, kira-kira 4.30 petang semalam.

Bayi Maut Terjerut Kain Buaian

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dikenali sebagai Brian Lim ialah anak bongsu daripada tiga beradik.

"Bapa mangsa yang sedang bekerja di Singapura sebagai penyelenggara bangunan menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan anak lelaki mereka meninggal dunia akibat terjerut kain buaian.

"Kejadian berlaku di bilik utama di rumah pasangan berkenaan dan sebelum itu isterinya yang juga ibu si bayi sudah memberi makan ketiga anaknya kira-kira 12 tengah hari selain menyuruh mereka tidur sebelum menyambung kerja di dapur.

"Selepas selesai kerja rumah isterinya masuk semula ke dalam bilik dan mendapati kepala mangsa tergantung keluar, manakala badan anaknya di dalam sarung buaian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/49327?#sthash.pON3I0U7.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.