Isnin, 18 Mei 2015

Isnin, Mei 18, 2015
Bekas Suami Abby Abadi Terkilan Dituduh Kikis Wang Ibu Tunggal  | Bekas suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mengakui apabila ada pihak menuduhnya mata duitan apabila mengambil keputusan menikahi seorang ibu tunggal beranak dua pada 15 Mei lalu.

Bekas Suami Abby Abadi Terkilan Dituduh Kikis Wang Ibu Tunggal

Kata Farhan, dakwaan berkenaan tidak berasas kerana isterinya, Noriah Mat Isa bukan datang dari golongan berada sebaliknya hanya seorang wanita biasa.

"Saya tidak tahu kenapa ada orang cakap begitu dan terkilan juga apabila mendengarnya kerana saya bukan seorang kaki kikis dan mata duitan seperti diperkatakan.

"Jika benar saya seorang mata duitan buat apa saya berkahwin dengan Noriah dan lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Farhan mengulas tuduhan yang mengatakan dia berkahwin dengan Noriah kerana ingin mengikis wang wanita berkenaan selain ingin mencari jalan mudah untuk hidup senang.

Dalam pada itu, Farhan berkata, perkahwinannya dengan Noriah adalah berdasarkan cinta dan bukannya untuk mengikis wang isterinya itu.

Katanya, biarpun status isterinya itu janda dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu tetapi itu bukan alasan untuk dia menyayangi wanita berkenaan sepenuh hati.

"Ini dinamakan ketentuan dan jodoh kami. Sebagai manusia biasa saya menerima kehadiran Noriah dengan hati terbuka meskipun statusnya seorang ibu tunggal dan bukan kerana hartanya," jelasnya.

Sementara itu, Farhan berkata, sebagai seorang lelaki berkahwin dia sedar tanggungjawab keluarga kini terletak dibahunya dan akan berusaha membahagiakan keluarganya pada masa hadapan.

"Saya bukannya menggangur dan ada melakukan perniagaan secara kecil-kecilan selain terlibat sebagai model dan sedang cuba menceburi bidang lakonan.

"Insya-Allah saya tahu tanggungjawab sebagai suami dan akan cuba melunaskannya sebaik mungkin," katanya.

Terdahulu, Farhan berkahwin dengan Abby di Selatan Thailand pada 9 Julai 2013 sebelum disahkan bercerai pada 9 Mei 2014 dengan talak satu hanya selepas 11 bulan bersama.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/18/farhan-kikis-wang/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.