Selasa, 5 Mei 2015

Selasa, Mei 05, 2015
Bercinta Dengan Emma Maembong, Kamal Adli Diamkan Diri | Nampaknya desas-desus mengenai hubungan mesra yang terjalin antara Kamal Adli dan Emma Maembong bukan lagi kisah baru kerana sejak tahun lalu mereka dikatakan telah mempunyai hubungan istimewa.

Bercinta Dengan Emma Maembong, Kamal Adli Diamkan Diri

Namun, baik Kamal Adli mahupun Emma Maembong, masing-masing memilih untuk menafikan khabar angin berkenaan walaupun ramai peminat mendoakan yang terbaik untuk keduanya.

Malah, sebelum ini, Kamal turut diheret dalam konflik hubungan antara Emma dan bekas kekasihnya, Zizan Razak apabila dituduh menjadi orang ketiga.

Berkali-kali menepis dakwaan itu, namun ramai yang mula menghidu kemesraan mereka apatah lagi dengan tersebarnya foto-foto mesra mereka bersama.

Bagaimanapun, seakan muak dengan khabar angin yang tersebar, Kamal memilih untuk tidak menjelaskan secara lanjut mengenai hubungan mereka lagi.

Bukti Kamal Adli & Emma Maembong Sedang Hangat Di Lamun Cinta

Sebelum ini, Kamal pernah memberitahu bahawa masih terlalu awal untuk mempunyai hubungan perasaan melebihi daripada persahabatan.

“Saya dan Emma memang berkawan baik dan tidak salah sekiranya kami berkawan. Namun, untuk memiliki hubungan istimewa, masih terlalu awal.

“Saya tidak mahu kerana hal seperti ini, dia terus menerima cemuhan demi cemuhan,” katanya lagi.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kamal-adli-kunci-mulut-1.386759


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.