Rabu, 20 Mei 2015

Rabu, Mei 20, 2015
Budak Perempuan yang Di Panah Petir Akhirnya Meninggal Dunia | Satu-satunya mangsa budak perempuan berumur 9 tahun yang parah dalam kejadian dipanah petir berhampiran SK Seri Permatang, Seri Medan, Batu Pahat akhirnya meninggal dunia.

Budak Perempuan yang Di Panah Petir Akhirnya Meninggal Dunia

Menerusi Mymetro, kata-kata akhir si kecil itu cukup pilu,"Ampunkan segala dosa kakak ya mak,” demikian ungkapan terakhir kanak-kanak perempuan mangsa panahan petir tengah hari kelmarin yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Tambah menyedihkan, hasrat Siti Nur Aina Hairi, 9, untuk bertemu adik bongsunya Mohd Alif Aziz, 6, juga tidak kesampaian selepas dia meninggal dunia di sisi ibunya, Rosadila Jama’in, 28, di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan jam 8 pagi.

2 Maut, Budak Perempuan Parah Di Panah Petir Di Batu Pahat

Menurut Rosadila, dia terkilan apabila tidak dapat menunaikan hasrat terakhir Aina yang meminta untuk berjumpa adik bongsunya, malah dia tidak dapat melupakan kata-kata meminta maaf diungkapkan anaknya itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Budak Perempuan yang Di Panah Petir Akhirnya Meninggal Dunia

“Ibu mana yang tidak pilu apabila anaknya yang sedang kritikal tiba-tiba meminta ampun dan maaf. Malah, tiada yang mampu saya ungkapkan apabila Aina turut mengucapkan selamat tinggal ketika saya di sisinya,” katanya.

Menurutnya, Siti Nur Aina rapat dengan adik bongsunya, namun ketika itu Alif demam dan tidak ke sekolah seperti kebiasaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/52168#sthash.yM9Lq8EH.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.