Selasa, 19 Mei 2015

Selasa, Mei 19, 2015
Detik Akhir, Pelajar Terjatuh Dalam Gunung Berapi| Seorang pelajar dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah kawah gunung berapi, Merapi, kelmarin.

Detik Akhir, Pelajar Terjatuh Dalam Gunung Berapi

Menurut News Detik, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih cuba mengesan Eri Yunanto, pelajar dari Universiti Atma Jaya, Yogyakarta tersebut.

Sebelum itu, saksi dan juga rakan pendaki, sempat mengambil foto terakhir Eri sebelum beliau menyaksikan sendiri pelajar tersebut jatuh ke dalam kawah.

Menerusi Kapan Lagi, beberapa keping foto yang dirakam Dicky, memperlihat bagaimana Eri berada di tengah puncak Gunung Merapi yang digelar Puncak Garuda. Katanya, ketika Eri hendak turun, dia tergeliat lalu berguling jatuh ke dalam kawah Merapi tersebut.

Detik Akhir, Pelajar Terjatuh Dalam Gunung Berapi

"Saya sempat mengambil fotonya dua kali. Dia mau turun, dalam sepersekian detik ia terpeleset dan jatuh berguling. Sebelum dia naik ke Puncak Garuda, ada pendaki lain yang sudah berhasil naik dan turun dengan selamat. Eri sudah sempat diingatkan pendaki lain kalau ragu lebih baik tak usah. Dia berhasil ada di puncak tapi ragu saat turun. Dia minta saya menghadang tepat di depannya untuk jaga-jaga," luah Dicky menerusi Tribun Jogja.

Foto tersebut, yang dimuatnaik sekitar jam 10 malam pada Sabtu terus mendapat perhatian pelayar laman foto popular, Instagram.

Difahamkan, Eri merupakan pelajar semester 6 jurusan Teknik Industri di universiti itu.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/pelajar-jatuh-dalam-kawah-gunung-berapi-1.391555


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.