Rabu, 13 Mei 2015

Rabu, Mei 13, 2015
Diana Rafar & Zamarul Akan Berkahwin Semula 16 Mei Ini | Berita penceraian Zamarul Hisham dan Diana Rafar sebelum ini memang mengejutkan ramai pihak, sejak itu tidak putus putus doa dari para peminat yang mahu melihat pasangan ini kembali hidup bersama. Alhamdulillah, nampaknya, jodoh mereka masih kuat dan doa ramai sudah pun termakbul.

Diana Rafar & Zamarul Akan Berkahwin Semula 16 Mei Ini

Menerusi laporan Harian Metro, Diana Rafar dan Zamarul Hisham bakal sekali lagi bernikah pada 16 Mei 2015 ini untuk kembali hidup bersama selepas empat bulan berpisah.

Diana Rafar mengakui selama empat bulan memegang gelaran ibu tunggal bukan sesuatu yang mudah buatnya dan ada sahaja yang tidak kena manakala Zamarul pula yakin yang jodoh mereka pasti terjalin semula cepat atau lambat.

“Mungkin jodoh kami masih kuat bersama, keputusan untuk rujuk semula adalah yang terbaik buat kami sekeluarga. Memandangkan saya dan Zamarul pernah bernikah pada 16 Mei 2009, jadi tarikh sama dipilih untuk rujuk semua. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Diana Rafar turut mengakui perpisahan selama empat bulan ini membuatkan perasaan sayang terhadap Zamarul Hisham semakin bertambah dan menganggap ianya satu hikmah berganda buat dirinya. Tahniah buat pasangan ini, semoga peluang kedua ini berkekalan hendaknya.

sumber
http://www.rotikaya.com/diana-rafar-zamarul-hisham-nikah-semula-16-mei-ini/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.