Rabu, 6 Mei 2015

Rabu, Mei 06, 2015
Fahrin Ahmad Dedah Rahsia Bakal Isteri | Sejak mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasih pilihan hatinya beberapa hari lalu, peminat dan media tertanya-tanya siapakah gerangan gadis bertuah yang bakal menjadi isteri Fahrin Ahmad.

Fahrin Ahmad Dedah Rahsia Bakal Isteri
Fahrin Ahmad kahwin- Gambar hiasan
Mengorek rahsia mengenai kekasihnya, Fahrin Ahmad berkata, percintaannya dengan bakal isteri amat mencabar kerana mereka jarang bertemu selain enggan ia menjadi bualan orang.

"Agak mencabar, tetapi kami bukan bercinta seperti pasangan lain. Sebaliknya kami jarang berjumpa. Saya rasa lebih baik cara itu,” katanya kepada mStar Online.

Fahrin dan bakal isterinya bakal bernikah di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur pada Sabtu ini yang dijadual berlangsung pukul 10 pagi.

Pengumuman pernikahan itu dibuat Fahrin di Flora Terrace, Hampshire Place di sini pada Selasa.

Beliau juga meminta pihak media agar bersabar sehingga Sabtu ini untuk melihat siapakah isterinya itu.

Tambah Fahrin, bakal isterinya seorang yang memahami dirinya selain berfikiran bijak.

"Mujurlah pasangan saya itu faham dan Alhamdulillah, saya akan menerima seorang isteri yang bijak dan tenang orangnya," ujar Fahrin.

Dalam pada itu Fahrin menegaskan pengumuman pernikahan yang dibuat pada Selasa bukan kerana ingin menutup spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dengan aktres Izreen Azminda.

Dia tidak pernah berniat untuk menutup gosip tersebut sebaliknya sudah merancang lebih awal membuat persiapan perkahwinan sejak akhir tahun lalu.

"Selepas saya dan pasangan bersetuju untuk berkahwin, keluarga saya bertemu dengan keluarganya untuk membuat perbincangan lanjut.

"Dan pengumuman pernikahan ini langsung tiada kaitan mahu menutup gosip-gosip cinta yang timbul. Saya dan Izreen hanya kawan rapat, tidak lebih daripada itu," katanya.

Terdahulu, Fahrin dan Izreen dikatakan mula rapat apabila mereka sama-sama membintangi drama Eksperimen Cinta terbitan Zeel Production beberapa bulan lalu.

Namun tiada sebarang pengesahan yang dibuat daripada kedua-dua mereka.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/06/fahrin-elak-fitnah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.