Sabtu, 9 Mei 2015

Sabtu, Mei 09, 2015
Fahrin Ahmad Selamat Bernikah | Akhirnya persoalan mengenai identiti wanita pilihan Fahrin Ahmad akhirnya terjawab apabila Fahrin telah memilih Elena Hani Eleas sebagai isteri.

Fahrin Ahmad Selamat Bernikah

Fahrin dan Elena selamat dinikahkan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Shahriman Ali Pitchay dengan mas kahwin RM80 dan tanpa hantaran.

Fahrin, 36, memilih Elena, 37, bujang yang juga Ketua Pramugari Emirates Airline.

Fahrin Ahmad Selamat Bernikah

Majlis pernikahan berlangsung secara sederhana di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara, di Kuala Lumpur, pagi tadi dan dihadiri 200 tetamu berupa ahli keluarga, teman rapat dan wakil media.

Pasangan mempelai hanya menyediakan sebentuk cincin untuk pasangan masing-masing.

Sebelum ini desas desus mengenai siapakah wanita bakal dinikahi Fahrin hangat diperkatakan sebaik aktor itu mengadakan majlis pengumuman mengenai majlis pernikahan bakal diadakan awal minggu ini.

Fahrin Ahmad Selamat Bernikah

Ramai mengaitkan wanita pilihan Fahrin adalah dramatis Izreen Azminda, namun kedua-dua pihak menafikannya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/49738#sthash.LWLiAbX4.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.