Selasa, 19 Mei 2015

Selasa, Mei 19, 2015
Hubungan Linda & Diana RETAK? | Nyata selepas melalui badai realiti kehidupan, ternyata jodoh Zamarul Hisham dan isterinya Diana Rafar masih kuat. Malah berita penyatuan semula mereka sebagai suami isteri adalah antara berita terbaik minggu lalu.

Hubungan Linda & Diana RETAK?

Mungkin sebagai orang luar yang hanya mampu melihat, Kita hanya dapat berharap agar peluang kedua ini dapat digunakan sebaik mungkin buat mereka.

Bercakap soal kegembiraan tentunya, bukan Diana dan Zamarul sahaja yang merasai keadaan itu, kerana kami percaya seluruh ahli keluarga mereka turut meraikan berita baik ini.

Tetapi melihat kembali laman Instagram milik Diana, pastinya ramai yang akan kembali tertanya di mana Linda, yang juga kakak kepada Diana.

Daripada cara perkongsian di laman sosial itu nampaknya seperti sudah agak lama tidak melihat mereka bersama. Soalnya sebelum ini, Diana dan Linda cukup rapat. Malah ke mana-mana juga sering bersama.

Adalah normal dalam keadaan Diana kini, tentunya dia memilih Linda untuk menjadi bahu bersandar buat dirinya berkongsi masalah. Cuma melihat keadaan itu, rasanya ia tidak berlaku seperti yang orang ramai angka.

Tak dinafikan ada terdengar kisah dua beradik ini, yang khabarnya mengalami salah faham. Sejauh mana kebenarannya, tidaklah begitu pasti. Cuma melihat laman Instagram milik kedua mereka nampaknya seperti mengiyakan keadaan yang berlaku.

Katanya, ada salah seorang daripada adik-beradik itu terasa hati dengan perubahan yang berlaku.

Jika dahulu mudah untuk ke mana-mana, kini tidak lagi. Jika benar itu yang berlaku, harap-harap salah faham ini tidak berpanjangan.

Sebagai antara pasangan adik-beradik tentunya Linda dan Diana sendiri mempunyai cara terbaik untuk mengatasi permasalahan yang timbul.

Tidak dinafikan juga dengan satu demi satu dugaan yang dihadapi kedua mereka mungkin memuncakkan tekanan yang ada.

Mungkin perselisihan yang timbul ini juga muncul sebagai tanda untuk mereka berdua mengeratkan lagi hubungan.

Kalau benar berselisih faham, harap Linda dan Diana tidak mengambil masa yang lama untuk membetulkan kembali keadaan mereka.

sumber
http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/diana-linda-dingin-1.93286#sthash.0dBhpulL.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.