Sabtu, 30 Mei 2015

Sabtu, Mei 30, 2015
Ibu Johan Asari Meninggal Dunia : Selepas empat hari koma di Institut Kanser Negara, Putrajaya, ibu kepada pelakon Johan Arrif As'ari atau terkenal dengan panggilan Johan As’ari meninggal dunia pagi tadi.

Ibu Johan Asari Meninggal Dunia

Allahyarham Datin Firdaus Abdul Kader, 58 menghembuskan nafas terakhir pada 10 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak termasuk Johan dan suami, Datuk As'ari Ibrahim.

Menurut Johan, Makanan terakhir yang sempat dia suapkan kepada ibunya adalah kurma ajwa.

"Ibu meninggal dunia ketika saya dalam perjalanan ke hospital untuk bergilir-gilir menjaganya.

"Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat berpesan supaya saya berjimat cermat dan menabung untuk diri sendiri," katanya tenang.

Allahyarham Firdaus menderita penyakit kanser pangkal rahim sejak tahun lalu dan disahkan sudah di tahap empat selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang minggu lalu.

Selepas disahkan doktor bahawa sel kanser sudah merebak ke tulang belakang, Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Institut Kanser Negara untuk menjalani rawatan kimoterapi.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Masjid Al Irsyad, USJ 1, Subang Jaya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/54526?#sthash.V2rvG1vZ.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.