Sabtu, 9 Mei 2015

Sabtu, Mei 09, 2015
Ibu Tak Sangka Anak Di Bunuh Tunang Sendiri | "Saya reda Adik pergi meninggalkan kami, tapi saya tak sangka tunangnya sendiri didakwa membunuh kerana sebelum ini dia kelihatan sangat baik dan penyayang,” kata seorang ibu tunggal, Selamah Hamid, 61, di Kampung Kenjing Repek, semalam.

Ibu Tak Sangka Anak Di Bunuh Tunang Sendiri

Selamah berkata, sejak mengikat pertunangan dengan anak bongsunya, Rosshida Abdullah, 30, pada 2013 lalu, lelaki berasal dari Kota Bharu itu sering menziarahi mereka sekeluarga.

Namun katanya, selepas dimaklumkan anaknya dibunuh, dia mula mengesyaki ia dilakukan tunang Rosshida kerana lelaki terbabit tidak menghubungi mereka sejak Rosshida dilaporkan hilang, di antara 30 April dan 4 Mei lalu.

“Saya tak akan maafkan kesalahannya kerana dipercayai menyebabkan kematian Adik dan menulis surat palsu, malah membuang mayatnya tanpa belas ihsan di bawah jambatan.

“Saya harap polis dapat menyiasat perkara ini dan dia dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Rosli Abdullah berkata, kali terakhir dia berbual dengan adik bongsunya pada 30 April lalu.

“Selepas hari berkenaan saya tak dapat hubungi nombor telefonnya dan beranggapan dia sibuk di kampung kerana menguruskan persiapan perkahwinannya Julai ini.

“Hanya selepas dihubungi ibu, barulah saya sedar Adik dah hilang. Saya cuba hubunginya malah mencarinya di kedai tempatnya bekerja namun masih gagal sehinggalah polis menemui mayat Adik di Putrajaya,” katanya.

Tunang Rosshida Di Tahan, Bantu Siasatan Kes Bunuh

Sebelum itu, mayat Rosshida ditemui orang awam di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti Cyberjaya, 5 petang, tiga hari lalu.

Mangsa ditemui bersama beg tangan berwarna putih dan sekeping nota yang mencatatkan masalah yang dihadapi termasuk tertekan kerana diburu ah long.

Kurang sehari selepas penemuan mayat, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai tunangnya, di sekitar Cyberjaya bagi membantu siasatan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, suspek mengaku mencampakkan mangsa dari jambatan malah menyimpan beberapa barang milik mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jenazah Allahyarham Rosshida tiba di  rumahnya jam 12 tengah malam semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Kampung Kenjing, 55 minit kemudian.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/saya-reda-adik-tinggalkan-kami-1.388230


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.