Rabu, 6 Mei 2015

Rabu, Mei 06, 2015
Imam Meninggal Ketika Imamkan Solat | Seorang imam gantian meninggal dunia pada rakaat kedua ketika mengimamkan solat Isyak di sebuah surau di Pangsapuri Teratai, Bukit Beruntung, Rawang semalam.

Imam Meninggal Ketika Imamkan Solat

Rahmad Mohamed, 57, rebah sebelum disedari jemaah.

Pengerusi surau itu, Azizan Osman, 61, berkata, seorang jemaah terus menghantarnya ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan Rahmad sudah meninggal dunia.

"Arwah yang juga teman rapat saya berniaga roti canai di kawasan ini dan hanya menjadi imam jika imam tetap tiada.

"Jenazah selamat dikebumikan pada 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, arwah menghidap kencing manis dan darah tinggi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/49032#sthash.P7E2Vn1V.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.