Isnin, 4 Mei 2015

Isnin, Mei 04, 2015
Ini Soal Nyawa, 'Orang Dalam' Pun Akan Di Ambil Tindakan - Zahid HamidiZahid Hamidi : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) pada Sabtu lalu yang mendakwa ada 'orang dalam' bahawa mereka tidak akan mudah terlepas.

Ini Soal Nyawa, 'Orang Dalam' Pun Akan Di Ambil Tindakan - Zahid HamidiZahid Hamidi

Ahmad Zahid menegaskan, tindakan tegas tetap akan diambil terhadap individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam kemalangan tersebut.

Beliau juga memberi jaminan akan memastikan mereka yang terlibat dalam kemalangan berkenaan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Jangan ambil mudah apa yang berlaku, konon ada pihak yang berkata ini boleh dirundingkan, ini bukan soal berunding, ini soal nyawa.

 "Konon ada laporan arwah tidak beri signal tukar lorong, kita tidak mudah terima laporan, jangan ingat pihak polis akan menutup kes ini dengan mudah.

"Jangan ingat konon ada 'orang dalam', saya akan pastikan 'orang dalam' itu pun diambil tindakan jika ada.

"Ini bukan mahu berpihak, ini soal nyawa," tegas beliau hari ini ketika menziarahi anak pasangan yang maut dalam kemalangan di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Duke pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi Sabtu lalu, tiga sekeluarga termasuk seorang bayi tujuh bulan maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga terbalik Pajero Sport yang dinaiki mangsa.

Bagaimanapun dakwaan itu masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menasihatkan semua ahli kelab permotoran supaya mematuhi semua peraturan yang terdapat dalam undang-undang jalan raya.

Katanya, ahli kelab permotoran tidak boelh mementingkan kepuasan diri semata-mata sebaliknya perlu mengambil kira keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

"Kalau tidak sayang nyawa sendiri, tolong, tolong ambil kira nyawa orang lain.

"Saya minta kepada yang sangat berminat nak cabut nyawa sendiri, tolong ingat nyawa orang lain," katanya.

sumber
http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-soal-nyawa-orang-dalam-pun-akan-diambil-tindakan-zahid-hamidi-59229


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.