Ahad, 10 Mei 2015

Ahad, Mei 10, 2015
"Isteri Saya, Elena Hani Bukan Janda Anak 1" - Fahrin Ahmad | Fahrin Ahmad menegaskan wanita yang dikahwininya iaitu Elena Hani Eleas, 37, bukanlah seorang janda beranak satu seperti yang didakwa beberapa pihak.

"Isteri Saya, Elena Hani Bukan Janda Anak 1" - Fahrin Ahmad

Kata Fahrin,, spekulasi tersebut tidak sepatutnya wujud kerana berita tidak sahih itu bukan kenyataan daripadanya tetapi daripada pihak yang suka menyebarkan fitnah.

"Selepas saya umum berita pernikahan kami pada Selasa lalu, macam-macam spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan isteri saya adalah seorang janda beranak satu.

"Bukan, dia tidak pernah berkahwin. Bila difikirkan balik, saya melihat, ada hikmah disebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena daripada orang ramai.

"Jika tidak, saya percaya macam-macam bentuk spekulasi yang akan timbul dan mungkin boleh merosakkan kelancaran majlis pernikahan kami," katanya.

Fahrin dan Elena telah diijabkabulkan di Pusat Konvesyen Sime Darby di sini kira-kira pukul 10.40 pagi Sabtu.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Fahrin dan Elena serta wakil media.

Pasangan ini memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya sekadar pertemuan mengikut adat dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat masing-masing pada akhir tahun lalu.

Sementara itu, Fahrin berkata, dia tidak sangka jodohnya merupakan rakan kelas yang sama-sama menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam 17 tahun dahulu. "Itulah namanya jodoh. Selepas 17 tahun, kami dipertemukan pada bulan Ramadan tahun lalu dan kemudiannya kami saling bertanya khabar.

"Saya memilih Elena selepas melihat dia menerima saya sebagai orang biasa dan bukannya kerana seorang pelakon. Dia juga seorang penyayang, mengambil berat, matang, bijak dan berdikari. Hatinya juga kental dan tidak mudah melatah," ujarnya.

Elena merupakan Ketua Pramugari syarikat penerbangan Emirates dan kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sejak lapan tahun lalu.

Elena Hani Eleas

Kata Fahrin, meskipun mereka sering berjauhan, namun ia tidak pernah menghalang mereka untuk berkomunikasi menerusi laman sosial Skype.

Menurut Elena, Fahrin sanggup menunggunya di laman Skype sehingga pukul tiga pagi hanya untuk memastikan dia selamat pulang ke rumah selepas bekerja.

"Saya tidak mengambil tahu tentang isu-isu dunia selebriti dan apa yang saya lihat, Fahrin seorang yang saya prihatin dan mengambil berat ke atas diri saya.

"Walaupun kami berlainan bidang, saya akan cuba memahami situasinya sebagai seorang pelakon dan bersedia dengan segala kontroversi atau gosip yang membabitkan Fahrin.

"Saya juga sanggup berhenti kerja demi berada di sampingnya membina keluarga kami," tuturnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/10/fahrin-elena-janda/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.