Rabu, 6 Mei 2015

Rabu, Mei 06, 2015
Jadi Orang Minyak Ganggu Pelajar Wanita : Tindakannya tak ubah seperti ‘orang minyak’ apabila seorang lelaki sanggup berbo-gel sambil memanjat bangunan asrama perempuan sebelum menyerang mereka di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) di Bangi.

Jadi Orang Minyak Ganggu Pelajar Wanita

Dalam kejadian jam 6.45 pagi kelmarin, suspek berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya ditangkap selepas terjatuh dari pelepah pokok palma ketika cuba melarikan diri.

Suspek sebelum itu menyelinap masuk ke penempatan pelajar wanita IPTA itu melalui lubang udara yang terdapat di bangunan berkenaan tanpa disedari pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku ketika seorang mangsa berusia 20 tahun sedang mandi di tingkat satu bangunan asrama itu.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun berasa pelik apabila mendapati lampu di bilik air itu menjadi malap.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/48783?#sthash.pT6dqJqh.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.