Jumaat, 1 Mei 2015

Jumaat, Mei 01, 2015
Jenazah Julie Dahlan Selamat Di Kebumi : Jenazah penerbit terkenal, Junaidah Dahlan atau Julie Dahlan, 62, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang, 10.20 pagi tadi.

Jenazah Julie Dahlan Selamat Di Kebumi

Terdahulu, jenazah tiba dari Hospital Ampang di Masjid Kampung Klang Gate kira-kira 10 pagi untuk disembahyangkan.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah rakan-rakan artis antaranya Ziela Jalil, Mubarak Majid, Othman Hafsham, Nasha Aziz dan Nor Aliah Lee.

Allahyarham disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ampang, kira-kira 7.30 malam tadi akibat komplikasi buah pinggang kronik, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Jenazah Julie Dahlan Selamat Di Kebumi

Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitan seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/47672?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.