Ahad, 24 Mei 2015

Ahad, Mei 24, 2015
Kanak -Kanak Hilang Di Jumpai, Di Paksa Meminta Sedekah : Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang ketika menemani bapanya solat Isyak di Masjid Muhammadi malam kelmarin sudah dijumpai kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Kanak -Kanak Hilang Di Jumpai, Di Paksa Meminta Sedekah

Mengejutkan, kanak kanak terbabit dijumpai sedang meminta sedekah bersama beberapa lagi kanak-kanak lain berdekatan pasaraya KB Mall.

Bapa mangsa, Kamarolzaman Mohamad, 50, berkata anaknya dijumpai oleh seorang lelaki yang dikatakan berjaya mengecamnya berdasarkan gambar yang tersebar melalui aplikasi ‘whatsapp’ sebelum itu.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada lelaki itu mengatakan dia ternampak seorang kanak-kanak dalam keadaan resah ketika dihantar oleh seorang lelaki sambil disuruh membawa bekas untuk meminta sedekah.

“Lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Yong’ itu beritahu anak saya dilihat seperti menangis kerana dipaksa supaya meminta sedekah dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah.

“Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku dan terus menghampiri anak saya dan bertanyakan kenapa berada di situ. Nasib baiklah anak saya dapat mengingat alamat dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah saya di Kampung Che Deris, PCB.”

Kamarolzaman berkata, dia amat berterima kasih kepada lelaki terbabit kerana menunjukkan sikap yang amat bertanggungjawab.

Katanya, lelaki berkenaan cuba mendekati beberapa lagi kanak-kanak yang berada berdekatan tetapi mereka segera melarikan diri.

“Saya agak terkejut kerana rupa-rupanya mereka dijadikan mangsa oleh sindiket tertentu supaya meminta sedekah. Nasib baiklah dia hanya dipaksa meminta sedekah di sini dan bukannya di tempat lain yang sudah tentu amat sukar ditemui semula,” katanya.

Dalam kejadian malam kelmarin, seorang bapa panik apabila anaknya yang berusia tujuh tahun hilang sebaik selesai solat Isyak di Masjid Muhammadi.

Selepas mencari beberapa jam bersama jemaah lain dan tidak menemuinya, beliau bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada jam 12.05 tengah malam kelmarin.

sumber
http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/05/23/kanak-kanak-hilang-ditemui-dipaksa-minta-sedekah/#ixzz3b28nLecW


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.