Selasa, 12 Mei 2015

Selasa, Mei 12, 2015
Kecoh, Babi Masuk Parit | Sebanyak 70 ekor babi terperangkap di dalam parit kira-kira lima jam selepas lori yang membawa haiwan itu terbabas di Kilometer 62 berdekatan Parit 13, Sungai Nibong, dekat Sungai Besar, pagi tadi.

Kecoh, Babi Masuk Parit

Kesemua babi yang diletakkan di dalam gerabak sebuah lori muatan 6 tan terhumban ke dalam parit selepas lori berkenaan terbabas di jalan itu dalam kejadian berlaku kira-kira 10 pagi..

Saksi berkata, lori yang mengangkut babi dari sebuah ladang ternakan itu dipercayai dalam perjalanan dari Segari, Manjung, Perak ke Lembah Klang.

"Kejadian berlaku apabila lori yang membawa muatan berat itu gagal mengawal kenderaan ketika melalui jalan sedikit curam hingga menyebabkannya terbalik pada bahagian kiri kenderaan itu.

“Akibatnya, babi yang berada di gerabak terhumban ke dalam parit di sebelah kiri jalan,” katanya sambil menyatakan tiada babi mati dalam kemalangan itu.

Menurutnya, babi itu terpaksa diangkat menggunakan sebuah jentera jengkaut yang mengambil masa kira-kira dua jam sebelum dipindahkan ke sebuah lori lain.

“Proses menaikkan haiwan itu ke darat mengambil masa kerana babi terbabit terpaksa diikat sebelum dinaikkan dengan menggunakan jengkaut, bagaimanapun tiada laporan berhubung babi itu terlepas atau berkeliaran ke kawasan lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga jam 4 petang tadi pemandu kenderaan terbabit masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/50413#sthash.ppoeqYCb.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.