Isnin, 25 Mei 2015

Isnin, Mei 25, 2015
Keith Foo DiDenda RM100 Gara-Gara Menghina Anggota Polis : Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik, Mac lalu.

Keith Foo DiDenda RM100 Gara-Gara Menghina Anggota Polis

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, dan memerintahkan pelakon drama bersiri Ariana Rose itu dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan bagi tujuan mengaibkan dan menghina iaitu: 'Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh' terhadap seorang anggota polis trafik.

Keith Foo DiDenda RM100 Gara-Gara Menghina Anggota Polis

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan,  pada 4.30 pagi, 15 Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/53311?#sthash.Zd64CNU4.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.