Selasa, 12 Mei 2015

Selasa, Mei 12, 2015
Keluarga Restu Bekas Suami Abby Abadi, Farhan Nikah Ibu Tunggal | Keluarga bekas suami kepada Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar tidak menghalang untuk dia memilih ibu tunggal beranak dua sebagai bakal isteri.

Keluarga Restu Bekas Suami Abby Abadi, Farhan Nikah Ibu Tunggal

Kata Farhan, biarpun pernah mengalami kegagalan rumah tangga bersama Abby yang juga seorang ibu tunggal ketika itu namun keluarganya merestui hubungannya dengan Noriah Mat Isa selepas wanita itu diperkenalkan kepada mereka.

"Soal status bukan subjek utama kerana ini adalah soal jodoh yang ditentukan oleh Allah.

"Alhamdulillah keluarga menerima dan merestui perhubungan kami biarpun mengetahui bakal isteri adalah ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak," katanya.

Pasangan itu bakal disatukan pada Jumaat ini di ibu negara manakala majlis resepsi keluarga pengantin perempuan akan diadakan sehari selepas itu.

Farhan berharap perkahwinan keduanya akan berkekalan.

Dalam pada itu, Farhan berkata, dia terbuka hati untuk berkahwin buat kali kedua selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Noriah.

Jelasnya, wanita berkenaan dianggap istimewa kerana menghormatinya sebagai seorang lelaki selain menyifatkan keperibadiannya sempurna.

"Dia bijak mengambil hati saya dan keluarga selain menghormati saya sebagai seorang lelaki dan pandai memasak.

"Bagi saya bukan soal cepat atau pun lambat tetapi tidak mahu melengah-lengahkan perkara baik dan Noriah adalah pilihan terbaik," katanya.

Seperti mana harapan pasangan lain, Farhan juga berharap perkahwinan kali kedua ini adalah yang terakhir selain mengakui kesilapan lalu banyak mengajarnya supaya lebih matang dalam melayari rumah tangga.

"Apa yang saya harapkan apa yang berlaku sebelum ini tidak akan berulang dan perkahwinan kali kedua ini akan kekal bahagia," ujarnya.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 21 Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, Farhan berkata, dia masih belum berputus asa untuk mengejar impiannya bergelar pelakon dan masih menanti tawaran daripada produksi.

Bagaimanapun dia sedar bukan mudah untuk melangkah dalam bidang itu dan bersedia untuk memulakan kariernya dari bawah.

"Apabila saya beritahu ingin jadi pelakon bukanlah saya mengharapkan watak besar tetapi ingin bermula dari bawah bagi membina keyakinan dalam diri saya.

"Alhamdulillah sebelum ini saya ada bertemu dengan pengarah Shuhaimi Lua tetapi dia ingin saya mengurangkan berat badan terlebih dahulu sebelum diberi peluang," katanya yang kini bernaung di bawah agensi bakat iaitu Jamal Tommy Talent Agency.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/12/farhan-ibu-tunggal/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.