Khamis, 28 Mei 2015

Khamis, Mei 28, 2015
KENDERAAN 'GHAIB' 30 SAAT : Berbekalkan alat elektronik khas berharga RM30,000 dibeli di luar negara membolehkan sindiket curi kenderaan mewah melarikan kenderaan sasaran hanya dalam tempoh masa 30 saat.

KENDERAAN 'GHAIB' 30 SAAT

Alat elektronik khas bersaiz kurang daripada 15 sentimeter itu dikesan berupaya melumpuhkan sistem penggera keselamatan kenderaan mewah selain menghidupkan enjin kenderaan serta merta.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, anggotanya berjaya menahan dua suspek berusia 25 dan 31 tahun di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan merampas sebuah kereta Honda Civic yang dilaporkan dicuri di Puchong.

sumber
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/a.546416638701981.130912.161086313901684/984348601575447/?type=1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.