Isnin, 11 Mei 2015

Isnin, Mei 11, 2015
Kerana Curang, Wanita Lahirkan Kembar Berlainan Bapa | Agak pelik kisah wanita ini kerana perbuatan curangnya yang meniduri dua lelaki membuka satu rahsia besar serta memalukan dirinya sendiri, seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat, terkejut besar setelah diberitahu anak kembar yang dilahirkannya  mempunyai bapa yang berlainan.

Kerana Curang, Wanita Lahirkan Kembar Berlainan Bapa

Cerita ini terbongkar apabila wanita yang dirahsiakan identitinya itu cuba menuntut perintah mahkamah untuk nafkah anak kembarnya daripada seorang lelaki.

Bagaimanapun selepas ujian DNA ke atas salah satu anak perempuan itu mendapati  salah seorangnya bukan anak lelaki tersebut.

Selepas disoal, wanita itu mengaku meniduri dua lelaki dalam tempoh seminggu.

Mungkin saja situasi ini berlaku apabila seorang wanita melakukan hubungan seks  dengan dua lelaki dalam kitaran haid yang sama dan jangka hayat telur wanita berkeupayaan  sehingga 48 jam manakala  sperma lelaki  boleh hidup sehingga 10 hari.

Seterusnya  membolehkan persenyawaan berlaku walaupun membabitkan dua lelaki berlainan.

Menurut di sebuah hospital di New York,  biarpun agak janggal, kes seperti ini biasa berlaku namun jarang diketahui kerana ketiadaan sebab untuk melakukan ujian DNA dan paterniti.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/kembar-tapi-lain-bapa-1.388719


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.