Sabtu, 30 Mei 2015

Sabtu, Mei 30, 2015
Kerana Terlupa Songkok, Pelajar Lelaki Ini Di Hukum Pakai Telekung Semasa Peperiksaan : Disebabkan tidak memakai songkok semasa peperiksaan, seorang pelajar lelaki sekolah rendah didenda oleh ustazahnya dengan menyuruh memakai telekung sehingga dia diketawakan oleh rakan sekelasnya.

Kerana Terlupa Songkok, Pelajar Lelaki Ini Di Hukum Pakai Telekung Semasa Peperiksaan

Keadaan tersebut menimbulkan perasaan kurang senang salah seorang anggota keluarga pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Najmi, sambil mempertikaikan kewajaran seseorang pendidik berbuat demikian.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan dimana kejadian itu berlaku.

Gambar tersebut kini menjadi viral di kalangan pengguna Facebook. Rata-rata memberikan komen negatif terhadap tindakan ustazah berkenaan.

Apa yang dikesali ahli keluarga pelajar berkenaan adalah perbuatan ustazah itu menyebarkan gambar-gambar itu melalui group whatsapp sekolahnya.

Apa pun kami berharap ustazah atau pihak pengurusan sekolah dapat memberikan penjelasan sebenar kejadian ini.



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.