Selasa, 12 Mei 2015

Selasa, Mei 12, 2015
Kerap Di Tipu, Nita Hamzah Lebih Selesa Urus Diri Sendiri | Nita Hamzah menyifatkan bergelar selebriti tanpa menggaji seorang pengurus adalah lebih mudah terutamanya apabila berurusan dengan pihak luar.

Kerap Di Tipu, Nita Hamzah Lebih Selesa Urus Diri Sendiri

Kata Nita, kebanyakan individu yang ingin menjadi pengurusnya mempunyai agenda untuk menipu dan kerana itu dia lebih selesa bergerak sendiri.

"Sejak saya tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman beberapa tahun lalu, saya lebih selesa menggerakkan kerjaya nyanyian saya secara sendiri. 

"Apa yang saya lihat kebanyakan orang suka mengambil kesempatan kononnya mahu menguruskan artis tetapi sebenarnya tidak.

"Baru-baru ini saya telah ditipu seseorang yang menguruskan persembahan saya bagi sebuah majlis. Sehingga hari ini saya masih belum dapat duit hasil kerja saya itu. Ia menjadi satu pengajaran besar untuk lebih berhati-hati jika mahu berurusan dengan pihak ketiga jika ada undangan persembahan yang ditawarkan," katanya.

Bagaimanapun Nita berkata, dia hanya mempercayai beberapa orang tertentu sahaja di mana mereka menyediakan kontrak bagi setiap urusan yang dibuat.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/12/nita-ditipu/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.