Sabtu, 16 Mei 2015

Sabtu, Mei 16, 2015
Lana Nordin Sah Menjadi Isteri Kepada Mohd Daud McKienzie : Lana Nodin atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin dengan sekali lafaz sah bergelar isteri kepada David McKienzie atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie pada jam 10.35 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan Ustaz Mohd ramizi ramli selaku Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya dan berwalikan ayah Lana, Hasan Nodin Mohd Zaidi di Restoran Kim Ma, Hotel Palace Of Golden Horses.

Lana Nordin Sah Menjadi Isteri Kepada Mohd Daud McKienzie

Daud yang juga atlet skuad bola tampar Olimpik Amerika menyerahkan mas kahwin bernilai RM30,000. Pihak pengantin wanita menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan. "Alhamdulillah. Saya kini sudah bergelar isteri. Fasa baharu buat saya dan dia. Kisah kami sama seperti bapanya sendiri yang bertemu jodoh dengan ibunya di Filipina. Saya pun tak pernah terfikir akan jatuh cinta dengannya dalam tempoh yang sangat pantas dan akhirnya kami ke jinjang pelamin. Enam bulan kenal kami serius untuk merencana masa depan.

Lana Nordin Sah Menjadi Isteri Kepada Mohd Daud McKienzie

 "Jodoh saya kuat dengannya. Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan bertuah mengenalinya. Doa saya di depan Kaabah tahun lalu dimakbulkan. Dialah penyeri hidup saya kini. Dia juga berbesar hati dan terbuka untuk mempelajari agama Islam dan adat orang Melayu. Malah sebelum mengenali saya pun dia pernah tinggal di Abu Dhabi dan Kuwait. Dia kenal Islam itu bagaimana," kata Lana mengenai suaminya yang memeluk agama Islam pada 5 Disember 2014 dan ia menjadi hadiah bermakna buat Lana yang menyambut hari lahirnya pada 6 Disember tahun lalu.

Mengenai Daud, Lana menyifatkan suaminya itu sebagai seorang yang sangat setia, lurus bendul dan baik. "Kalau orang cakap A, A jugalah yang diturutinya. Dia anak lelaki tunggal dalam keluarganya dan jenis yang menurut cakap ibunya. Antara kami tiada rahsia. Telefon bimbit masing-masing pun kami tahu kata laluan. Kami telus dan dia juga sukakan negara kita

"Dia jenis yang boleh layan kawan saya yang gila-gila. Dia sangat memahami dan susah juga nak cari mat salih sepertinya. Dia jenis yang tak minum arak dan hisap rokok. Pendek kata dia jenis yang mementingkan kesihatan termasuk dalam soal pemakanan," kata Lana yang berharap ikatan perkahwinan dengan Daud kelak akan kekal hingga ke Jannah.

Daud sempat ditanya mengenai Lana. Bagi jejaka tinggi lampai itu, wanita Indonesia dan Malaysia mempunyai persamaan ketara kerana lenggok bahasanya hampir sama.

 "Dia sangat ambil berat dan setia. Kami banyak persamaan dan boleh serasi," kata Daud. Lana turut memberitahu yang dia akan ke Amerika Syarikat sekitar Jun depan kerana menemani bakal suaminya yang terikat dengan komitmen kerja.

Lana Nordin Sah Menjadi Isteri Kepada Mohd Daud McKienzie

"Sebelum ke Amerika Syarikat, kami akan ke Manila dahulu. Mungkin juga sebelum ke Amerika Syarikat, saya mahu dia (bakal suami) merasai pengalaman sambut puasa di Malaysia. Jadi setidak-tidaknya saya masih dapat berjumpa keluarga dahulu kerana raya nanti memang saya akan ada di Amerika.

"Saya akan berada di Amerika sekitar dua atau tiga bulan bergantung kepada jadual kerjanya. Insya-Allah saya bercadang nak ambil kelas lakonan sepanjang berada di sana. Malah Daud turut memberitahu yang akan diadakan juga majlis meraikan kami di sana membabitkan teman dan ahli keluarganya," kata Lana.

Semalam diadakan majlis berinai dan malam ini kedua mempelai akan diraikan di lokasi hotel yang sama. Antara artis yang turut hadir ialah Julia Ziegler, Sasha Saidin, Fauzi Nawawi, Chacha Maembong, Lisdawati, Aishah Ilias dan Azrel Ismail.

Lana Nordin Sah Menjadi Isteri Kepada Mohd Daud McKienzie

sumber
http://www.bharian.com.my/node/54945?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.