Ahad, 17 Mei 2015

Ahad, Mei 17, 2015
Lebih 100 Ahli FMC Terima Ugutan Bunuh : Lebih 100 ahli Familia Myvi Club (FMC) mendakwa diancam keselamatan termasuk menerima ugutan bunuh berikutan insiden kemalangan membabitkan ahli mereka awal bulan lalu.

Lebih 100 Ahli FMC Terima Ugutan Bunuh

Dalam kejadian tersebut, tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) membabitkan ahli FMC pada 2 Mei.

Sehubungan itu, ahli jawatankuasa FMC membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan 278 ahlinya, selain bertujuan membersihkan nama kelab bagi mengelak sebarang tohmahan yang memudaratkan.

Setiausaha FMC Asrul Hanif Mohamad berkata, sehingga hari ini ahli FMC yang tidak terlibat dalam kejadian itu masih diancam keselamatan, difitnah dan diugut pukul.

“Selain dilemparkan kata-kata kesat, dua kereta ahli FMC dirosakkan. Ada juga mendakwa mereka menerima ugutan bunuh kerana tidak berpuas hati dengan FMC.

“Selain ahli FMC dalam keadaan trauma dan ketakutan, keselamatan keluarga mereka juga terancam,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

Asrul berkata, ahli FMC yang merasa diri terancam turut dinasihat segera membuat laporan polis.

“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi seperti mana digambarkan selain tidak pernah menganjurkan perlumbaan haram.

“Bahkan akaun Facebook rasmi FMC ditutup sejak 2 Mei lalu dan sebarang kenyataan dimuat naik menggunakan nama FMC adalah palsu,” katanya.

Kemalangan 2 Mei lalu, mengorbankan Fairuz Nizam Husain, isterinya Nova Safitri Azhari dan anak bongsu mereka Nur Fizura Annisa, tujuh bulan.

Dalam kejadian pada jam 1.05 pagi itu, kereta Pajero Sport dinaiki mangsa berlanggar dengan dua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa meninggalkan dua anak iaitu Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/fmc-terima-ugutan-bunuh-1.390995


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.