Ahad, 24 Mei 2015

Ahad, Mei 24, 2015
Lelaki Maut Di Tetak, Di Langgar Kereta : Niat seorang lelaki pergi ke kedai membeli ubat untuk tunangnya tidak kesampaian apabila dia diserang sekumpulan lelaki bermotosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Perdana 3/4, Puchong Perdana, kelmarin.

Lelaki Maut Di Tetak, Di Langgar Kereta

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam maut selepas ditetak enam lelaki menaiki motosikal yang dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ketika mangsa turun dari motosikalnya, enam suspek tiba-tiba mendekati mangsa sebelum menetak mangsa.

Menurutnya, sebaik diserang, mangsa cuba melarikan diri, tetapi dirempuh kira-kira 10 meter dari motosikalnya oleh kereta Proton berwarna putih yang turut melarikan diri dari tempat kejadian.

“Polis masih menyiasat sama ada pemandu kereta yang melanggar mangsa daripada kumpulan sama.

“Mangsa mengalami kecederaan serius akibat ditetak di beberapa bahagian badan dan muka.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif kejadian itu dan siasatan awal mendapati mangsa pernah dipenjara lima tahun dan baru dibebaskan hujung tahun lalu.

Sehubungan itu, Yahaya meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

Sementara itu, tunang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jessie, 25, berkata, dia menerima panggilan daripada seorang rakan tunangnya memaklumkan kejadian jam 8.40 malam, kelmarin.

Menurutnya, sebaik tiba, dia yang tidak percaya kejadian itu gagal untuk mengenal pasti mayat lelaki itu sama ada ia adalah tunangnya berikutan kecederaan serius di muka mangsa.

“Tetapi, berdasarkan selipar dan motosikal, saya percaya itu tunang saya,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/53085?#sthash.wLWCc4Hb.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.