Selasa, 12 Mei 2015

Selasa, Mei 12, 2015
Lelaki Maut Jatuh Saluran Sampah Dari Tingkat 17 | Seorang lelaki berusia 40 tahun maut selepas terjatuh melalui saluran sampah dari tingkat 17 kediamannya di flat Sri Sabah, Cheras, 7.58 pagi tadi.

Lelaki Maut Jatuh Saluran Sampah Dari Tingkat 17

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pihak hospital yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

"Waris mangsa yang ditemui di PPUKM memaklumkan mangsa sering mabuk dan ada berselisih faham dengan isterinya," katanya.

Beliau berkata, sebelum kejadian pagi tadi abang mangsa tidak membenarkannya keluar dan mengunci pintu rumah kerana bimbang dia keluar minum arak.

"Bagaimanapun, mangsa bertindak keluar melalui saluran sampah sebelum ditemui di tingkat bawah bangunan oleh orang ramai.

"Pemeriksaan polis pada tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Beliau berkata, akibat terjatuh dari tempat tinggi itu mangsa mengalami kecederaan patah tengkok, kaki dan luka di bahagian tangan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/50177#sthash.BPGwtH89.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.